Antara bahan yang kita boleh kitar semula adalah kertas. Kertas ini sangat mudah kita dapat terutama apabila kita membeli surat khabar ataupon majalah. Selalunya, apa yang kita dapat lihat disekeliling kita, kebanyakan orang akan membuang kertas ini tanpa tahu akibat yang kita akan dapat di masa depan. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kertas ini boleh dikitar semula menjadi kraftangan seperti bakul. Dengan kraftangan ini, kita boleh menjadikan ia sebagai hiasan ataupon sebagai sumber pendapatan seharian kita. Kita juga boleh meletakkan kertas ini di tong kitar semula berwarna biru. Biasanya tong-tong kitar semula ini ada di taman permainan.
Selain itu, plastik juga merupakan salah satu bahan yang boleh kita kitar semula. Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu. Plastik juga merupakan salah satu bahan kitar semula yang orang selalu guna untuk membuat hiasan bilik ataupon kraftangan.
Seterusnya ialah kaca. Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Akhir sekali adalah logam . Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.
No comments:
Post a Comment