Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. proses pengasingan sisa pepejal atau sampah ini sangat penting . oleh itu, degan adanya tong kitar semula ini, kita dapat memudahkan proses pengasingan tersebut. Kebanyakan tong kitar semula yang terdapat di Malaysia merupakan tong yang telah disediakan oleh kerajaan dan pihak berkuasa tempatan. kebiasaannya tog kitar semula akan diwarnakan dengan tiga warna yang berbeza mengikut fungsi yang berbeza.
LADY MEMORY
Thursday, 27 April 2017
Wednesday, 26 April 2017
Program 3R
Program Kitar Semula Kebangsaan telah dilancarkan secara rasmi pada 2 Disember 2000 di Pusat Membeli-belah Mid Valley oleh YB Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.
Pelbagai pihak turut terlibat dalam program ini seperti Pihak Berkuasa Tempatan, Syarikat Konsesi, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat swasta, Institut Pengajian Tinggi, sekolah dan sebagainya.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan bahawa11 November pada setiap tahun merupakan Hari Kitar Semula Kebangsaan. Pada masa kini , kadar kitar semula di Malaysia ialah pada kadar 5%. Kadar ini adalah rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju seperti negara German ( 74 % ), Belgium ( 71 %), Austria ( 67 % ) dan Belanda ( 66 % ). Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan telah mensasarkan pencapaian kadar kitar semula di Malaysia pada kadar 22 % menjelang tahun 2020. Bagi memastikan program kitar semula mencapai matlamat yang telah ditetapkan maka pengurusan sisa pepejal yang menekankan konsep dan amalan 3R perlu dilaksanakan dengan berkesan.
Pengurangan sisa pepejal melalui penerapan 3R iaitu Reduce (Pengurangan), Reuse (Penggunaan Semula) dan Recycle (Kitar Semula) merupakan Teras 1 dalam Dasar Pengurusan Sisa Pepejal. Elemen 3R juga merupakan sebahagian daripada Hirarki Sisa Pepejal. Penerapan amalan 3R di kalangan masyarakat secara tidak langsung dapat mengurangkan penghasilan sisa pepejal daripada dilupuskan ke tapak pelupusan.
Pengurangan:
•Memilih bahan yang digunakan dengan bijak bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihasilkan.
Penggunaan semula:
•Aktiviti menggunakan semula bahan atau sebahagian daripada bahan yang mana masih boleh digunakan lagi.
Kitar semula:
•Memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran.
Pengurangan penghasilan sisa pepejal dapat dicapai melalui kaedah yang efektif dengan memfokuskan kepada 3R yang pertama iaitu, “pengurangan” diikuti “penggunaan semula” dan akhirnya “kitar semula”

Tuesday, 25 April 2017
LAPORAN PROJEK KITAR SEMULA
LAPORAN PROJEK AMALAN LESTARI KITAR SEMULA
Nama Projek:
Amalan Lestari Kitar Semula
Pengenalan Projek
Program ini khas dilaksanakan untuk mendedahkan semua warga sekolah
pengetahuan tentang kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan
seterusnya meningkatkan tahap kesedaran warga sekolah dalam amalan lestari
hidup terutamanya mengitar semula bahan-bahan yang sedia ada dalam kawasan
sekolah. Antara aktiviti yang dianjurkan di bawah program ini adalah Program Kitar
Semula, Aktiviti pengumpulan bahan-bahan terbuang yang diperolehi di sekitar
sekolah dan rumah warga sekolah
Matlamat Projek
Menjadikan warga SK Bandar Baru Seri Petaling 2 sedar dan bergiat aktif
dalam program amalan lestari dan lestari hidup.
Objektif Projek
I. Mendedahkan warga sekolah pengetahuan mengenai kepentingan
pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar dan program-program
mesra alam.
II. Menggalakkan warga sekolah melaksanakan aktiviti mesra alam dengan
berkesan seperti program kitar semula.
III. Memupuk semangat kerjasama semua warga sekolah dalam menjaga
kebersihan dan keceriaan persekitaran sekolah
IV. Mewujudkan suasana sekolah yang kondusif bagi melahirkan warga
sekolah yang mempraktikkan amalan hidup lestari.
V. Memupuk sikap bertanggungjawab kepada bumi dan alam sekitar dengan
memberi dan menyediakan peluang dan kesempatan kepada warga
sekolah untuk menjalankan aktiviti kitar semula.
Faedah Projek
I. Semua warga sekolah didedahkan dengan pengetahuan secara lebih
mendalam mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam
sekitar.
II. Aktiviti melibatkan pelajar-pelajar dalam amalan lestari hidup seperti
penjimatan pengunaan air dan tenaga elektrik, cara-cara menjaga alam
sekitar dan mengitar semula bahan-bahan yang tidak berguna.
III. Warga sekolah dapat memanfaatkan program ini untuk dilaksanakan di
tempat kediaman masing-masing dengan mempraktikkan amalan kitar
semula.
IV. Secara tidak langsung, sebagai satu sumber pendapatan dari hasil jualan
barangan kitar semula yang dikumpulkan itu.
Pihak Pelaksana Program Amalan Lestari Kitar Semula
PIBG SK Bandar Baru Seri Petaling 2, Panitia Kemahiran Hidup, Panitia Kajian
Tempatan, Panitia Pendidikan Moral, PSS SKBBSP 2 dan AJK Sekolah Lestari.
Strategi Pelaksanaan
1. Mengadakan taklimat ringkas berkaitan dengan kitar semula kepada semua
murid semasa gerak gempur pagi.
2. Memaparkan maklumat tentang pencemaran alam sekitar dan risalah-risalah
tentang kepentingan kitar semula di setiap kelas.
3. Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul bahanbahan
kitar semula terbanyak dan berkesan.
4. Memberi pengiktirafan kepada kelas yang menyumbang dan terlibat secara
aktif dalam melaksanakan program kitar semula ini
5. Menjalankan aktiviti pungutan dan pengumpulan bahan kitar semula pada
hari penamat program ini.
6. Menyediakan beg plastik hitam dengan label kepada setiap kelas
agar mereka dapat mengkategorikan jenis-jenis bahan kitar semula mengikut
kumpulan yang betul misalnya kertas, plastik dan tin-tin aluminium.
7. Menghubungi agensi-agensi berkaitan untuk mengumpul semua bahan kitar
semula yang berjaya di kumpul oleh murid-murid di setiap kelas
Status Kemajuan Pelaksanaan Projek
Pencapaian
Objektif tercapai dan semua warga sekolah mengambil bahagian secara aktif
dalam setiap program yang dijalankan.
Segala program yang dijalankan mendapat kerjasama yang menyeluruh dari
warga sekolah dan AJK Sekolah Lestari.
Masalah dan Kekangan Yang Di Hadapi
Kekangan dari segi masa untuk menjalankan program selain dari waktu
sekolah dan aktiviti yang dijalankan hanya terbatas pada aras murid sekolah rendah.
Perancangan Seterusnya
Meneruskan program ini dengan memantau keberkesanannya dari masa ke
semasa dan menggalakkan murid sepanjang masa dalam mengumpulkan bahan
kitar semula dengan cara memaklumkan setiap minggu semasa perhimpunan pagi.
Menambahkan lagi aktiviti dan program yang berkaitan kesedaran kitar
semula dan ia akan dijadikan aktiviti wajib setiap tahun seperti program 3R ‘Rethink,
Reuse, Recycle.

berita
Ini antara berita yang saya dapat dari carian google
apa yang saya dapat, terdapat pelbagai isu mengenai kitar semula ini, samada baik atau buruk, keduanya memberikan impak kepada kita. oleh itu kita sebagai manusia haruslah prihatin terhadap alam sekitar kita.
Monday, 24 April 2017
Aktivit-aktiviti kitar semula
Antara aktiviti kitar semula yang kita boleh lakukan ialah membuat DIY (Do It Yourself). pada zaman sekarang ini, DIY ini seperti trend untuk mencantikkan rumah. Biasanya mereka menggunakan barang terpakai dirumah mereka. Contohnya, kayu pallet dijadikan meja ataupon kerusi untuk diletakkan dikedai makan.
Selain itu, kitajuga boleh membuat kraftangan. Kraftangan ini biasanya untuk dijual semula. Selalu dapat kita lihat, pembelajaran di sekolah juga menggunakan barang kitar semula untuk karftangan. Sebagai contoh, kertas biasanya mereka jadikan sebuah bakul yang boleh digunakan untuk meletakkan barang.
Bahan-Bahan Kitar Semula
kitar semula merupakan penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai alternatif dengan atau tanpa perubahan. Sejak akhir-akhir ini, kita selalu mendengar pelbagai kempen kitar semula yang dianjurkan dari pelbagai badan untuk menyedarkan rakyat Malaysia bahawa kitar semula ini penting. Kempen ini telah di war-war kan dari pelbagai sumber seperti media massa, majalah dan juga radio. Walaupon pelbagai kempen telah di buat, namun rakyat Malaysia masih tidak mengendahkan kempen tersebut. Kebanyakan dari kita sendiri tak tahu bahawa disekitar kita ini boleh dijadikan bahan kitar semula.
Antara bahan yang kita boleh kitar semula adalah kertas. Kertas ini sangat mudah kita dapat terutama apabila kita membeli surat khabar ataupon majalah. Selalunya, apa yang kita dapat lihat disekeliling kita, kebanyakan orang akan membuang kertas ini tanpa tahu akibat yang kita akan dapat di masa depan. Mungkin tidak ramai yang tahu bahawa kertas ini boleh dikitar semula menjadi kraftangan seperti bakul. Dengan kraftangan ini, kita boleh menjadikan ia sebagai hiasan ataupon sebagai sumber pendapatan seharian kita. Kita juga boleh meletakkan kertas ini di tong kitar semula berwarna biru. Biasanya tong-tong kitar semula ini ada di taman permainan.
Selain itu, plastik juga merupakan salah satu bahan yang boleh kita kitar semula. Beg-beg membeli belah plastik, beg plastik dari supermarkat, botol minuman plastik, botol air mineral dan bekas makanan yang diperbuat daripada plastik boleh diproses untuk dikitar semula. Semua jenis plastik ini mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Kitar semula plastik adalah industri yang masih baru dandijangka berkembang selari dengan kemajuan teknologi. Proses kitar semula plastik untuk dijadikan bahan baru yanglebih baik mestilah dilakukan dengan langkah pengasingan plastik mengikut jenis terlebih dahulu. Cebisan-cebisan plastik yang selalunya di kitar semula digunakan di dalam botol soda dan juga bekas pengisi susu. Plastik juga merupakan salah satu bahan kitar semula yang orang selalu guna untuk membuat hiasan bilik ataupon kraftangan.
Seterusnya ialah kaca. Semua jenis kaca termasuklah botol minuman, bekas makanan, botol vitamin dan bekas kosmetik. Semua jenis kaca ini mestilah diletakkan di dalam tong yang berwarna COKLAT. Kebanyakan pembeli mengkehendaki segala kaca yang dikumpulkan diasingkan mengikut warna sebelum diangkut tetapi ada sesetengah yang menerima kaca yang bercampur aduk.Biasanya kaca yang pecah dan kertas label juga boleh diterima. Kebanyakan pembeli inginkan gelas-gelas yang telah dibersihkan dan bebas dari kotoran contohnya tudung-tudung botol, seramik, batu dan mentol lampu.
Akhir sekali adalah logam . Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna JINGGA. Aluminium dan tin minuman , foil aluminium dan bahan logam lain adalah sedia untuk dikitar semula. Sesetengah bahan logam seperti timah dan aluminium mempunyai harga pasaran yang tinggi. Pengumpulan bahan logam tersebut adalah bergantung kepada jenis logam dan keadaan pasaran tempatan.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KENALI TONG KITAR SEMULA
Tong kitar semula merupakan salah satu bahan dalam proses kitar semula iaitu bagi proses pengasingan. proses pengasingan sisa pepejal ...

-
kitar semula merupakan penggunaan semula produk termasuklah mempelbagaikan penggunaan bahan dalam mengekalkan bentuk asalnya atau sebagai al...